Saturday, August 27, 2011

Rindu Yang Telah Pergi

hari ni dah lepas pukul 12 jadi 28/08/2011
raya pulak hari selasa 30/08/2011
lagi 2 hari la nak raya..balik lipis hari isnin
ape yang lainnye raya tahun ni
biasanya sehari sebelum raya kitaorang akan salam dengan ayah sebelum balik kg
tapi tahun ni sama macam tahun lepas..hmm
sehari sebelum raya akan ziarah kubur ayah
xde lagi nak salam cium tangan ayah..dapat duit raya dr ayah..kiss pipi ayah
semua 2 dah tak boleh nak buat..harap sangat dapat jumpa ayah lagi nanti..i'allah
tapi tak ape la..kami redha dengan semua dugaan ni
miz u very2 much..


p/s: saya kuat hanya kerana family..family first..walaupun awal lagi..apa2 pn nak wish SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR N BATIN ;)

Monday, August 22, 2011

AKU REDHA KEHENDAKMU

Dengan nama Allah,

Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Ya Allah…

Seandainya telah Engkau catatkan,

Dia milikku tercipta buatku,

Satukanlah hatinya dengan hatiku,

Titipkanlah kebahagiaan antara kami,

Agar kemesraan itu abadi..


Ya Allah…

Ya Tuhanku

yang Maha Mengasihi,

Seiringkanlah kami melayari hidup ini,

Ketepian

yang sejahtera dan abadi,

Maka jodohkanlah kami…


Tetapi Ya Allah…

Seandainya telah Engkau takdirkan,

Dia bukan milikku,

Bawalah dia jauh dari pandanganku,

Luputkanlah dia dari ingatanku,

Dan peliharalah aku dari kekecewaan…


Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…

Berikanlah aku kekuatan,

Menolak bayangannya jauh ke dada langit,

Hilang bersama senja yang merah,

Agar ku sentiasa tenang,

Walaupun tanpa bersama dengannya…


Ya Allah…

Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,

Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan,

Adalah yang terbaik untukku,

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,

Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…


Ya Allah…

Cukupkanlah

Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,

Di dunia dan di akhirat,

Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini,

Janganlah Engkau biarkan aku bersendirian


Di dunia ini mahupun di akhirat,

Menjuruskan aku ke ke arah kemaksiatan dan kemungkaran

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman

agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup,

Ke jalan yang Engkau redhai,

Dan kurniakanlah padaku keturunan yang

soleh dan solehah…


Ya Allah…

Berilah kami

kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat,

Dan peliharalah kami dari azab api neraka



p/s : copy dr facebook cenyum sokmo sharing is caring..hehe..elok doa ni bagi sapa2 yg single lagi..kalau yang dah ada pun elok jugak..coz kita sendri xtau sapa jodoh kita kn3.. ;p

Wednesday, August 17, 2011

kepantangan


hari ni saje je nak tulis entry pasal ni..kepantangan?bukan berpantang orang bersalin 2 ok..hehe...ni ape yang saya tak suka sangat la dengan perangai2 manusia macam ni..tak bermaksud untuk menyakitkan hati orang je ape..tapi kalau ada yang terasa mintak maaf la ye..saya jugak tidak sempurna..ini peringatan untuk diri sendri jgk :)
  • cakap putar belit
wah3..ari ni hang cakap lain esok pulak hang cakap lain..ish3..pening woo memang tidak akan d layan la..tq
  • tak jujur
awak saya sayang sangat kt awak..xde perempuan lain dalam hidup saya selain awak...perghh..ayat superb la kn..haha..cair ke?sory la ek..masa aq kecik2 boleh la ko tipu..hari ni cakap sayang esok lusa dah berkepit dengan perempuan lain..ish3
  • tukar awek macam tukar baju
ayat manis je..macho la konon..ingat semua perempuan ke nak lain macam 2..serius la cakap..hensem or kaya mane pn hang..maafla tidak akan d pandang olehku klau perangai macam ni..oh..lupa pulak yang perempuan ni xde hati kn..huhuhu
  • smoking??
awak2..kalau suka sangat merokok 2 asap 2 agak2 la sikit..sesak nafas tau x..kalau nak suruh orang lain mati cepat pun bak sini rokok 2 bia orang hisap jugak..orang yg sedut asap rokok 2 lagi teruk dari orang yang merokok ok
  • sungguh panjang rambutmu
maaf nak cakap la..kurang minat betul dengan lelaki rambut panjang..klau jaga elok2 xpela jugak..tapi ape pn laki rambut pendek memang best la..hehe..klau pacak lagi ensem..hehe..xkisah la ape2 pn janji nampak kemas ;)
  • macam xde feel langsung
cerita la apa pun tapi macam xde reaksi langsung..dalam hati baik aq cakap dengan tunggul macam ni..lebih baik kot..haha
  • jenis suka kikis
sayang boleh topup kan untuk b x?si perempuan yang lurus 2 pun topup kan la..ish3..sedar la wahai perempuan kalau dye lelaki macho tak la dye nak pakai duit kamu..tak de maknanye..last2 topup 2 tadi dye guna utk msg awek lain..hang jugak la yang rugi
  • jenis tak pandai respect orang lain
wahai manusia cuba turunkan ego kamu ni..cuba belajar untuk hormati orang lain..lebih2 lagi orang yang lebih tua dr kamu..jika mahu orang hormatkan kamu belajar juga menghormati orang lain ye

  • jenis yang x on time
bukan tabiat ku la nak tunggu orang lama2..kalau tunggu 2 dalam ati dah terbakar je..sambil cakap sabar2..hehe..on time?susah ke?entahla..maybe susah bg sesetengah orang..tapi ni kira macam disiplin jugak la kn..cuba fikir bila kamu kerja nanti kalau kamu x on time..jawabnye lingkup la kamu..huu



Saturday, August 13, 2011

sedetik bersama si dia (^_^)




masa ku salam dirinya terasa kasar tangannya
orang yang berkerja kuat bukan hanya untuk dirinya
bukan senang nak jadi senangkan
i'm very proud with her

Thursday, August 11, 2011

Hadapi Dengan Senyuman


Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi….
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah….
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Reff
Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

Friday, August 5, 2011

Wednesday, August 3, 2011

Fadilat Solat Terawih

Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)

Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 – Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19 – Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”