Saturday, October 22, 2011

REAL STEEL

AssaLaMuaLaikuM..HoLLa!! lama tak update..hehe
biasalah bila kadar kesihatan semakin menurun tapi sekarang i'm better ;)
selepas lebih kurang 2 minggu terperap dalam rumah kini i'm back..haha..aktiviti kembali seperti biasa..jalan-jalan cari???hehe..cari udara luar kot..


REAL STEEL?? movie terbaru masa kini..hee


selepas agak lama tak tengok wayang dan terus terfikir nak tengok cerita ni lepas dengar komen2 yg agak best d twitter


dan saya telah belanja farah tengok movie ni..hehe


tak tahu pun pasal ape cerita ni mula2..memang pakai redah je tengok..like 'i trust u are d best' hehe


conclusion: memang best cerita ni..macam real je tengok..tak rugi pergi tengok walaupun harga tiket agak mahal hari jumaat..hehe..try la tgk..it worth ;)


Saturday, October 1, 2011

just a story


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu… budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.
Masa berlalu…

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.
"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.
Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.
"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.
"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…" kata pokok epal itu dengan nada pilu.
"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.
Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.
Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN.
SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA REMAJA KITA 

p/s: copy from just me.blogspot ..;) 

Wednesday, September 21, 2011

did u??

we go to school, to attend CLASS
C.L.A.S.S = Come Late And Sleep Silently

at home, we have to STUDY
S.T.U.D.Y = Sleep, Tv, Unlimited-sms, Dota, Yutube


in class, we're given HOMEWORK
H.O.M.E.W.O.R.K = Half Of My Energy Wasted On Random Knowledge


while doing homework, we refer to TEXTBOOK
T.E.X.B.O.O.K = TEXting + faceBOOK

who says study life isnt fun?? XD




p/s : copy from my frenz ;)

Tuesday, September 20, 2011

Count on Me


you can count on me like one,two,three
i'll be there ;)

Wednesday, September 14, 2011

first week

lama jugak ek x update blog ni..hehe..tp view tiap2 hari nak update pn tau2 jela line kt s.alam ni slow dye ya allah sabar jela hmm kte cerita pasal study la ek..hehe..first week kt cni ok la..macam biasa la bukan ada kelas sangat pun..rileks2 je boring jugak..tp hari semalam dah dapat keje..banyak jugak tapi yang penting bukan assgmnt lagi la..minggu depan memang dapat la..nak buat tesis pn xbuat jugak ingat nak buat malam tp malam la line kt cni paling ELOK sekali..huhu

lecturer semua ok setakat ni..alhamdulillah..sem ni ada target jgk la nak fokus study ckit..hmm..susah 2..tp nak try la..cgpa makin la makin trun ni..adui..sebenarnye xselesa la study kt cni..xtau la npe..hmm..lagipn pembakar semangat dah xde ;(


hari ni hari khamis..kelas abis pkul 10 pg kira dah cuti la sekarang coz esok cuti ape lagi balik pahang la..hehe..mula2 xnak balik tp ble abg n adik balik..ish3 mana boleh kita xbalik kn xpatut2..hehe..lagi pn i miz my ariq very much kat mak pn rindu jugak..hehe..kt ayah??lagi la rindu..hmm

kalau ikut tentang kehidupan la..banyak bnde dah tempuh..kebanyakkan memang pahit, manis 2 boleh kira je..bab kata pepatah sendiri la kn 'orang boleh nampak kita tersenyum tapi apa yang kita lalui..apa yang kita rasa..apa dalam hati kita..takde siapa pun tahu'

okla malas nak tulis panjang2 walaupun dah panjang..hehe
have a nice day ;)



p/s : teringat ade baca kt notes kawan ni..bila kita down balik la kepada orang yang melahirkan kita hanya dye tempat yang terbaik untuk kita mengadu..kita tak perlu nak beriya bercakap pun..kalau kita senyap pun dorg dah boleh tau kan 

Thursday, September 8, 2011

seperti aku


best lagu ni..LELAKI SEPERTI AKU
tapi ni version WANITA pulak..hehe...
ENJOY it

Sunday, September 4, 2011

who wants to be my hero???

pengembaraan pada 04/09/2011, lepar hilir 2 pahang..kawan sekolah kawen la...huu

kami berlima..eh2..tp npe yg kembong depan 2 pejam mata ek?hehe..jgn marah ;p

buat muka comel la 2..haha..comel ke?tettt..

makan time...

yeay..kami b'sama pengantin ;)

cik sue b'sama heronye..hero dye ni xreti senyum ckit..comel je

ini la pengantinye..my frenz suraya..cantik kn..hehe


p/s : bila kawan dah kawin mula la yg lain2 t'masuk la mak2 sedare tnye soalan plg top skli..huhu.."kak, dah ada pakwe??".."nak tema warna apa nanti??"d answer is just SMILE..haha