Thursday, September 25, 2014

semangat kakak!!!

assalamualaikum..


SEMANGAT KAKAK!!! hehe
yes!! betul!! saya tak kan pernah give up untuk capai impian saya
susah?? yes...mana ade benda yang senang
semuanya perlukan effort..yes, i know
orang cakap kalau nak berjaya..kalau dah mula jangan pernah berhenti
ok baiklah..saya nak jadi antara orang yang berjaya tu

ape impian saya?? wishlist la konon..hoho
orang cakap lagi..impian tak perlu bayar pun..so tak salah untuk berimpian besar


1) nak ade duit banyak..haha
bunyi mcm tamak kn?? tapi semua tu bergantung pada diri kita..macam mana nk belanjakan duit tu
sebab bila kita ade duit macam2 kita boleh buat..antaranye :
belanja untuk family..bagi derma untuk orang yang lebih memerlukan
rezeki yang kita dapat bukan untuk diri kita sorang..tapi untuk berkogsi dengan orang lain

2) nak ade kereta sport..huhu
ni memang impian sejak kecik..haha..sejak dari kecik memang peminat kereta sport
xkisahla kereta ape pun janji sport..mahal?? memangla
tp impian kan xkena bayar..hehe..so ape ade hal


sape tahu kete ni name pe??
nissan GTR huhu..memang best la klau dapat..tido dalam kete pn takpe ;p
tu jela post setakat ni..akan bersambung kemudian..hehe




p/s: tengah xsihat..hehe..so setakat tu jela yang dapat menulis ;)



Sunday, September 14, 2014

air panas???


di mana kami??? haha..
padahal dah terang2 kat atas dah tulis AIR PANAS GADEK
air panas gadek d terletak d melaka..hehe..agak2 yang xtahu la kn ;p
first time g cni..huhu..punye la teringin nak pegi
setelah seharian berjalan sambung g cni pkul 12.30 pg sampai



sejarah air panas gadek ni tertulis d batu dalam pic diatas
nampak x?? haha
agak ramai sebenarnye orang g cni walaupun d tengah malam
n faktanye kolam air panas ni sebenarnye bukak 24 jam


setiap kolam kt air panas gadek ni berbeza suhu
klau tengok dari dekat memang berasap la
mula2 nak rendam kaki memang pke banyak kali la..haha
akhirnye....


mak sesesorang melayan diri..hehe
maklumlah anak2 dye semua xtahan nak rendam kaki kt kolam tu
n kolam ni panas ckit..hoho


kami sekeluarga
yang kecik2 dua orang tu memang x la nak rendam kaki dorang
setakat cuit2 je air tu..last2 ariq ckp "papa..jomlah balik" haha
sempatlah sejam setengah kt sana 


p/s : sape2 yang  jalan2 d melaka n nak mandi air panas boleh la g cni..hehe..lagipun murah je kos nak masuk cni..kanak2 RM3.00..dewasa RM5.00..tiba2 terpromote pulak..hehe 


Thursday, August 28, 2014

favourite song



jadikan malamku lebih indah..jadikn siangku lebih terang....

Mewangi by Akim :)

Tuesday, August 26, 2014

Hye Frenz!!!

Assalamualaikum...




Alhamdulillah...
 After a long journey in my life.. long ke?? huhu..lama jugak la coz dekat 2 tahun lebih meninggalkan dunia penulisan blog.. Ape yang berlaku sepanjang tempoh masa 2?? Macam-macam.. Manis..Pahit..Suka..Duka..Tawa..Riang..Moody..Happy... Semua ade la..klau listkan semua ni sampai esok pn belum tentu habis.. tapi apa yang bestnya sepanjang tempoh tu banyak mengubah diri ni menjadi lebih matang n kenal yang mana kawan n yang mana lawan..hehe..really appreciated it (^_^)

Now i'm back n its time to move on!!!

Saturday, November 19, 2011

something new

hye...
setiap minggu mesti tertunggu2 hari jumaat..sebab ape ek?
coz hari jumaat adalah hari untuk bersiar-siar menghilangkan stress..hehe
minggu takde plan pun nak pergi mana..biasa memang on d spot je..
tiba2 decide nak pergi THE WHEELS kat subang revenue
xtau jalan pun..redah je..sesat 2 biasa..hehe
ok malas nak cerita panjang2..tengok je pic kat bawah ni ;)



biasa memang keluar bertiga ni la..bertiga lebih baik..hehe..sempat lagi..ish3


ok..i'm ready...jom  b'roller skating!!
( susah jugak nak pkai kasut ni kalau xpandai..hehe)


aksi p yang tidak boleh d terima..haha..cuba kira berapa kali terjatuh n menjerit?? ;p


farah daripada xberapa ok dah pandai ckit..yeah..chaiyok2


kuat semangat dorang ni..walaupun banyak kali jatuh tetap cuba jugak..yeah
that's my frenz ;)




eh..macam mana nak bukak kasut ni??haha
(bajet candid je kn ;p)


 ok..sudah keletihan n mau pulang..
enjoy sihh

p/s : yeay berjaya xjatuh masa main ni..(dah penah main masa kecik memang la..huhh)..tapi memang best..boleh d kira sebagai exercise jugak la..sapa yang x penah datang sini lagi try la ok..first time masuk rm25 + free membership card n jangan lupa bawa stokin..hehe ;)

Tuesday, November 8, 2011

Pendam





Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta

Thursday, October 27, 2011

hebat


kebaikan ayat kursi

baca pada saat keluar rumah, 70,000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
baca pada saat masuk rumah, kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu
baca selepas berwudhu, darjatmu akan dinaikkan sebanyak 70 tingkat
baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam
baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian

Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
p/s: copy from fb n http://ohislam.com/kenapa-tak-rogol-saya/ .. selamat beramal ;)