Wednesday, June 15, 2011

SEDARLAH WAHAI MANUSIA

Islam menentang keras perbuatan sihir dan tukang sihir. Ini termasuklah menghantar kejahatan serta kerosakan melalui ilmu-ilmu hitam. Perbuatan ini amat dikeji oleh Islam, malahan pengamalnya akan dimurkai Allah. Perbuatan ini juga jelas bertentangan dengan akidah ahlu sunnah wa jamaah.

Tentang orang yang belajar ilmu sihir, al-Quran mengatakan: Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat buat mereka. (al-Baqarah: 102)

Rasulullah s.a.w. menilai sihir sebagai salah satu daripada dosa besar yang boleh merosakkan dan menghancurkan sesuatu bangsa sebelum terkena kepada peribadi seseorang dan dapat menurunkan darjat pelakunya di dunia dan akhirat. Baginda bersabda yang bermaksud:

“Jauhilah tujuh perkara besar yang merosak. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi, 1) menyekutukan Allah; 2) sihir; 3) membunuh jiwa yang oleh Allah diharamkan kecuali kerana hak; 4) makan harta riba 5) makan harta anak yatim, 6) lari dari peperangan; 7) menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Barang siapa meniup simpul, maka sungguh ia telah menyihir, dan barang siapa menyihir maka sungguh dia telah berbuat syirik.(Riwayat Thabarani dengan dua sanad; salah satu rawi-rawinya kepercayaan).

Sebahagian ahli fiqh mengkategorikan, bahwa sihir itu bererti kufur atau membawa kepada kufur. Sementara itu, ada juga yang berpendapat: ahli sihir itu wajib dibunuh demi melindungi masyarakat daripada bahaya sihir.


Al-Quran juga telah mengajar kita supaya berlindung diri kepada Allah daripada kejahatan tukang sihir, firmanNya:

(Dan aku berlindung diri) dari kejahatan tukang meniup simpul. (al-Falaq: 4)

p/s : cubalah jadi mahluk allah yang d redhaiNya..jangan terlalu mengikut nafsu..ingatla setiap perbuatan kita akan di balas jika bukan di dunia di akhirat nanti sudah pasti..jika kamu menginginkan sesuatu peroleh la ia dengan cara yang baik jangan menggunakan cara seperti ini..ingatlah yang Allah akan selalu ada di sisimu..

No comments:

Post a Comment