Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang
amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar
pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan
epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu
pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat
permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.
Masa berlalu… budak lelaki itu sudah besar dan
menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain
di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada
pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku,"
ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi
gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk
membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu,
petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan
itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua
epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu.
Pokok epal itu merasa sedih.
Masa berlalu…
Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin
dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku,"
ajak pokok epal itu.
"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa
bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat
perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.
"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi
kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah
daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.
Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua
dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang
gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi
selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui
pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main
dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku,"
ajak pokok epal itu.
"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak
lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai
cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau
menolongku?" tanya lelaki itu.
"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada
kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan
dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang
pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak
kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang
semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki
yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.
"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak
diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk
kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar
yang hampir mati…" kata pokok epal itu dengan nada pilu.
"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada
bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk
memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar
lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.
Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang
pokok epal itu.
Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok
epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.
ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK
LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU
HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA.
HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA
MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN.
SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN
KESEDARAN KEPADA REMAJA KITA
p/s: copy from just me.blogspot ..;)
nice article wlpun copy paste :) mcm kna tembak di hati ble bca perenggan last..!..kemasss giler
ReplyDeletehehe..sy pn begitu..hanya ingat mengingati sesama kita ;)
ReplyDelete